<body> <BGSOUND src="http://www.mybiznas.com/muzone1/eng_songs/withoutyou.swf"> Sesepi Camar







TO
MY HOME SWEET HOME


|Utama| |Info| |Sajak| |Cerpen| |Tazkirah| |Resepi| |Petua| |Mutiarakata| |Umum| |Ulasan| |Lirik_lagu| |Album| |KelabSahabatPerokok|
















Sepi itu teramat indah buat seorang aku....
usah kau ganggu aku....
biar aku sendiri....
biarkan aku berterbangan sendiri
sesepi camar yang berterbangan sendirian...





Camarsepi.....

biarkan ku bebas berterbangan di alam yang luas....
ke sana ke mari sesuka hati ku.....
kerna kebebasan itu hak mutlakku....
biarku sendiri berterbangan sendiri
itu jalan pilihan ku.....
usah sesapa berani mengganggu ketenteraman ku di sini







Camar Yang Pulang

Bermusim tinggalkan perlabuhan
Layari hidup sendirian
Kembali ku mencari fajar suci
Mengisi sepi hati ini

Seperti camar pulang ke pangkuan
Merindu kedamaian dulu
Begitu harapan ku terhadapmu
Semoga kasih belum layu

( korus )
Di hati ini sering melagukan rindu
Senyum tangismu di mata ku
Andai waktu bisa menemukan semula
Akan ku bina kasih dulu bersamamu

Siapa yang menduga segalanya
Suratan takdir Maha Esa
Sepintas ku temui senyumanmu
Memberi daku sinar baru
( ulang korus )










<< November 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

free online poker


rss feed





Wednesday, December 23, 2009
Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?

 

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?  

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?  

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?  

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.  

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.  

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.  

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.  

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?  

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.  

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.  

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.  

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.  

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.  

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik... 

~ Unknown Author  

Nota: Artikel ini dihantar melalui email.  

" Seorang teman akan menyukai kita kerana kelebihan yang kita miliki sahaja,
tetapi seorang sahabat menyukai kita kerana dia boleh menerima kita seadanya..
renung-renungkanlah ..selamat beramal.."
 


Ditulis pada Wednesday, December 23, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Saturday, August 15, 2009
RAHSIA JENIS DARAH DAN PERIBADI ....

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..
DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri


Ditulis pada Saturday, August 15, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Wednesday, June 10, 2009
nilai cintanya melalui cara makan....

" Ish! Pelahapnya dia makan! Cancel nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii... .teruknya."

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha... jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih minat dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi wujud di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu hilang sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak dikejar. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti on time dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!


Ditulis pada Wednesday, June 10, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Tuesday, January 27, 2009
Ujian Itu Hanya Pada Yang Mampu...

 

(DIA lebih tahu semua itu!...)


Salam buat sahabat-sahabat yang hampir lena dan sentiasa berjaga.....

Ujian itu hanya pada yg mampu dan DIA lebih tahu tentang semua itu...!

setiap ibu bapa akan diuji dengan anaknya..

setiap anak diuji dengan ibubapanya..

seorang abang/kakak diuji dengan adik-adiknya. .


seorang adik diuji dengan abang/kakaknya. .


seorang mertua diuji dengan menantunya..

seorang menantu diuji dengan mertuanya..

seorang nenek/datuk diuji dengan cucunya..

seorang cucu diuji dengan datuk/neneknya. .


seorang yang sihat diuji dengan nikmat sihatnya... kadangkala dia disapa oleh kesakitan...

seorang yang kaya diuji dengan nikmat kekayaannya... kadangkala dia ditegur oleh kemiskinan...

seorang peniaga diuji dengan pelanggannya.... dengan naik turun bisnesnya..dengan hutangnya..

begitu juga seorang penjawat awam diuji dengan momokan majikannya....

hidup yang bernama manusia itu takkan sunyi dari ujian... ALLAH pasti akan mengujinya dari setiap aspek kehidupan..

tetapi Maha Suci ALLAH, Maha Kaya ALLAH, Maha Berkuasanya ALLAH, Maha Pengasih dan Penyayangnya ALLAH... Dia sekali-kali tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita menanggungnya...

Nabi Muhammad saw pernah menggambarkan sikap orang-orang yang beriman dan betapa beruntungnya golongan ini..

bila diberi ujian kepayahan, dia sabar menghadapinya... bila diberi nikmat kesenangan, dia bersyukur kepada Tuhannya.. tidak sia-sia hidup orang yang beriman.. setiap saat dalam keredhaan dan kasih sayang ALLAH.. amatlah rugi orang yang tidak beriman.. bila diuji kesusahan dia mengeluh menyesali nasib.. bila diberi kesenangan hidup. dia lupa kepada Yang Maha Pemberi... wahai diri, berusahalah untuk menjadi orang yang beriman..


Ditulis pada Tuesday, January 27, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Saturday, January 24, 2009
RAHSIA HURUF PERTAMA NAMA ANDA

 

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Ditulis pada Saturday, January 24, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Saturday, January 10, 2009
KITA TAU, …. TAPI TAK TAU…

 

1.Kita tau aper yang nak di makan, tapi tak tau aper yang akan jadi selepas di makan... ..


2- kita tau tiap2 bulan mintak duit kat mak bapak nak bayar course fee, tapi tak tau mak bapak kerja bagai nak rak... ...


3- Kita tau nak awek yang lawa jer, tapi tak tau hati budi dia...


4- kita tau nak kawin jer, tapi tak tau aper erti perkahwinan, tu yang jadi macam2 masaalah..perceraian dan haruan makan anak...


5- Kita tau api tu panas dan boleh membakar, tapi tak tau api kat neraka lagi panas dan membakar... .


6- Kita tau bawak anak orang pegi dating memang seronok, tapi tak tau family dia risau dan runsing tentang keselamatan anaknya...


7- Kita tau pandang orang buat maksiat, tapi tak tau plak nak pegi tegur yerlah takut kena pukul ye tak...


8- Kita tau nak korek keburukan orang lain, tapi tak tau nak nengok keburukan sendiri


9- kita tau rokok tu mmbahayakan kesihatan, tapi tak tau plak nak berenti merokok... ..


10- kita tau nak surfing internet, tapi tak tau kerja dah melambak tak settle lagi, haa… tunggu apa lagi off le  internet tu.....


Ditulis pada Saturday, January 10, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Tuesday, January 06, 2009
kalo cinter... kalo suker....

cinta? buktinya??

ramai yang kata kat couple dia, "i love u" @ "sy cinta awak" @ "wo ai nie" @ "inni uhibbuki/ka" @ "unne kaade lenggereyy" @ aper2 jugak ayat yang sewaktu dengna nya tiap2 hari n merata2  tempat... tp ader kah kita confirm ke tu cinta? or juz suka2?

perkara yg utama mesti ader dalam ati bila 'cinta':

1.ader rasa nak protect dia (kalo laki)/ ader rasa nak dengar teguran yg baik dari dia (kalo p'puan)

2. ader rasa nak dihargai oleh dia (dr segi hak, harta n maruah dia)

3. BILE JAUH... LEBIH BANYAK INGAT SIFAT BAIK, PERIBADI DIA DARI MUKA OR FIZIKAL DIA

4. sanggup tegur silap dia (tanpa takut hilang dia)

5. sedia nak tolak ansur n share problem ngan dia

6. kalo laki, sanggup dengar dia membebel especially bila kita buat salah..

7. RASA DIA SEBAGAI KELUARGA, (COZ ONE DAY DIA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KELUARGA KITA KAN)

8. risau dalam ati bila masalah berlaku kat dia

9. kalau terjadik perpisahan, risau yang dia beralih ati pd org yg buruk perangainya..

10. sanggup buang ego yg melampau n berlaku jujur dgn dia, daripada simpan dlm ati sekadar nak jaga ati...

11. DAH SET DLM KEPALA RUPA DIA BILA DAH TUA @ SAKIT  TERUK @ CACAT TIBA2, N STILL BOLEH TERIMA DIA SEADANYA. 

12. SEBUT NAMA DIA DALAM DOA KITA UNTUK KEBAIKAN, DIBERI HIDAYAH, DIAMPUNKAN DOSA, N DITETAPKAN HATI, SEPERTI MANA KITA DOAKAN KELUARGA KITA N SEDARA SEAGAMA KITA...

cuba cek balik n FIKIR masak2 ati kita.... SUKA ATAU CINTA?

prinsip aku, tak payah nak harap 'cinta sejati', coz bg aku, cinta sejati bukan tak wujud, tp perkataan tu extreme sgt utk makhluk bernama 'manusia'...

mana ader hati yg tak tertarik pd kecantikan, coz Tuhan jadikan otak kita menyukai yg cantik2... yang sebenar2 wujud cinta yg kita bawak dengan ikhlas n bawak dengan doa supaya ati kita tetap n tak curang...

hati adalah hati.... tats why dalam bahasa arab hati dipanggil 'qalbu' (melayu kata kalbu arr...) maksudnya, 'yg dr segi bahasanya bermaksud 'yang berbolak-balik, berubah-ubah'...  so, cinta yg baik, adalah yg kita bawak berdoa agar, 'qalbu' kite nie tetap... 

so my friendzz... bezakan lah cinta or suke.... 

p/s: jgn tanya aku lelebih arr, coz lepas tulis nie, aku sendiri pon tengah pk balik aper kata ati aku... macam biasa arr, kalo aku salah betulkan aku... coz aku jugak insan biasa.... yg sering melakukan kesilapan....



Ditulis pada Tuesday, January 06, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Sunday, January 04, 2009
lagi-lagi cinta....

 

andaikan....

1. ari nie korang beli 2 bijik kereta... sebijik kete toyota vios baru, n sebijik lagi toyota hilux baru, dedua harga sama je... (RM80,000~RM90,000 maybe).  lepas kita balek rumah bawak dedua kereta tu, baru kita perasan, kita cuma ader selai jer kain utk tutup kereta tu... yg mane kita akan utamakan?

2. satu ari, 2 org kawan lame kita, jemput datang rumah dia, sorang dok kat bukit antarabangsa, n sorang lagi dok kat cerok utan... kereta maner yg kita akan guna ke rumah bukit antarabangsa n kereta maner akan kita bawak ke utan?

3. korang nak tukar tong gas n terpaksa pergi kedai sendiri sebab tak der org nak anto kat rumah kita, kereta maner yg kita nak guna utk bawak gas?

4. satu ari kawan kita nak pnjam kereta, kereta maner yang kalo dia pinjam kita akan letak syarat lebih?

lebih kurang arr gak, lelaki n perempuan... 

kenapa lak???

dalam contoh kat atas tu, perempuan nie cam vios arr, cantik, anggun, kalu lalu ramai org nak pandang, ramai yang nak sentuh, n jangan lupa ramai gak orang yang teringin nak memiliki.... (walaupon aku tau ramai gak yg tak suka vios, tp tu sebagai contoh je, korang leh arrr ganti ngan aper2 kereta yg korang suka... huhuhu), so, tak heran arrr kalu vios tu kita jaga lebih sikit sebab kecantikkan n keanggunan dia....

lelaki nie pulak, kasar, keras, n sesuai arr tempat dia kat tempat2 yang lasak, n perlukan struktur bentuk yang lasak... tak boleh arr masuk utan or ladang ngan kereta lowered kan? so, tak heran arr kalo hilux nie berlumpur, comot, sebab memang tu function asal dia...

tp dedue sama harga kan? adil kan? undang2, hukum semulajadi yg dah sedia ader tak pernah salah... tp orang yg jalankan hukum tu selalunya salah....

bg aku, perempuan bukan kaum lemah, tp makhluk yg dijadikkan lembut n dijadikkan untuk mencantikkan... contoh len cam kain guni dgn kain kapas arr... tak kan korang nak bungkus beras pakai kain kapas... n tak kan lak nak buat baju pakai kain guni.... ryte?

n kaum lelaki laks, bukan dijadikan kuat utk memonopoli semua perkara... tp kekuatan tu utk melindung sesuatu yang cantik.... n kasarnya lelaki bukan utk mengasari benda yang cantik, tp benda2 len dr luar yg cuba nak ganggu or rosakkan benda yg cantik tu... coz hukum alam dah jelas, setiap yang cantik ader je yang nak usik.... kan?

benda paling dekat, buah arr.... kulit yg keras utk melindungi isi yang lembut n manis... kalu kita campak or buang kulit tu kat mana2 pon tak der hal, pasal dia tetap kulit... tp kalu isi yg dalam dia ader benih kite campak merata2, maybe akan tumbuh bukan kat tempat yg baik... tak kan kita nak benih tu tumbuh kat tempat yg tak sepatutnya... ryte? adil kan????

tu kadang ALLAH tu adil... cuma kadang kita nie terlalu mengikut perasaan... melepas kata sesedap rasa je....

kalu aku silap, betulkanlah aku....aku hanya insan biasa....


Ditulis pada Sunday, January 04, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Saturday, January 03, 2009
ye ker nie???

 

betul ke menyesal kendian tak berguna lagi??

bagi aku? aku tak percaya istilah nie!!! istilah nie juz boleh dipakai dlm satu keadaan jer bagi aku... iaitu MATI.

kenapa?

back to islam (for my non-muslim friendz, cube cek normal hukum moral n hukum alam) bagi seseorang manusia, mesti melakukan kesilapan n kesalahan, "setiap anak adam pasti melakukan kesilapan" melainkan yang dijanjikan sesorang tu bebas dr dosa...

tak der sapa sempurna, so, ader satu cara utk ubah kesilapan kita, cam ner? ....taubat!!!

aper taubat tu?

taubat maksudnya, mengaku kesilapan diri, dan bersedia untuk tidak buat lagi n MESTI disertakan dengan rasa menyesal...

kalu kita ikut akal kita yg tak seberapa nie pun, kita boleh pikir secara logik nya, (or maybe base on pengalaman ler) yang kita nie, akan rasa serik bila kita pikir balik benda yg tak best kita dah buat dulu-dulu... bukan ke rasa serik n rasa tak nak buat lagi benda yg tak elok tu.... bagus?

so aper yg betul? (bagi aku)

bagi aku, yg paling baik, biar la, diri kita nie sentiasa rasa menyesal atas kesilapan diri kita, bukan utk kita anggap diri kita sentiasa berdosa, tp sebagai peringatan 'JANGAN ULANG LAGI' n supaya kita rasa malu....

malu kt sapa??

kat TUHAN yg BAGI KITE PINJAM BADAN KITE NIE... mesti kita rasa malu kan kalu kita pinjam barang org, pastu buat tak senonoh ngan barang tu.. betul tak?

so, bg aku, menyesal kemudian tu bukannya tak berguna.... tapi 'jangan sampai tak sempat menyesal'...

menyesal yang tak berguna adalah rasa menyesal bila dah mati.... masa tu aku mmg 100% setuju.. tp selagi ader nafas, selagi mater boleh berkelip, selagi jantung kita beroperasi, selagi tu arr, kita kena ader rasa menyesal.... ni arr yg dipanggil 'muhasabah' bagi aku.... 

sapa aku nak cakap pasal benda nie???!!!

aku orang yg pernah gagal....

aku orang yg penah rase rebah....

aku orang yg pernah lupa diri.....

aku orang yg pernah kufur nikmat NYA.... 

aku orang yg pernah khianat....

aku juz manusia biasa yang banyak berbuat silap... n sampai ari nie pun ader silap aku... 

p/s: aku mintak maaf arr aku mintak ampun kalu per aku ckp nie salah, tak betul, tak lengkap or aper2 jer yg tak best pd korang... tp per yg aku ckp sbb aku adalah aku... mcm biasa arr, "kalu aku salah, tolong perbetulkan aku.." 


Ditulis pada Saturday, January 03, 2009 oleh nurdia
Comment (1)  

Friday, January 02, 2009
peribahasa indah...

 

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori…
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga, lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah... lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tunggal–tunggalkan (ibu tunggal).
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah la.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18
. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan….
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri


Ditulis pada Friday, January 02, 2009 oleh nurdia
Make a comment  

Next Page